Archive

Archive for 2013

waktu hampir tiba

wah nervous giler tgu wife nak bersalin.. aku skg kat hospital sg petani.. smlm bini aku ngadu la dah turun tanda2.. so dgn pantas aku hantar ke hospital.. n dari smlm dia bgtau dia sakit2 selang stgh jam.. dr cakap baru buka 1cm.. tp skg ni x tau la da bape cm.. 1st time merasai pengalaman tgu wife.. apetah lagi wife aku n perempuan2 yang menghadapi saat pertama kali bersalin.. baru aku sedar peritnya mak kita melahirkan kita dulu.... insaf

bahang politik

aku makin fedup dgn media massa yg entah ape2 tah.. hari2 keluar berita yg berat sblh n mcm dah xda benda dah nak cita.. hari2 tak habis2 politiknyer,fitnah bagai.. x ingat dosa ke dorg ni.. yg mufti2 pun sengal... makin hancur

nama aku ella (kucing)

haha.. nama ella tu bukan nama aku ok tapi nama kucing aku yang baru je datang kat kedai ni... entah mana asal aku pun tak tau tapi kucing ni manja dan kuat gigit... aku bagi nama ella sebab bila dia mengiaw je suara dia serak2 dan rock gitu... selamat berkenalan dia cakap


Layan karaoke hari ni...

lately sejak aku keseorangan ( Wife blk kg) aku rajin pulak layan boring dekat kedai makan yang ada karaoke. minat menyanyi tu minat la jugak tapi suara takde lah ley go sampai jadi artis..( dalam hati kata nak.hehe)

btw malam ni tadi aku layan karok lagu faizal tahir n aku soh kawan aku record. kebetulan pulak kitaorang duk sebelah speaker so clear la jugak sound lagu tu..


layanzzz

Hobi baru.. buat cover lagu - idola

lately aku suka pulak menyanyi. nak kate suara sedap memang tak la. tapi sebabkan wife aku jauh sekarang dan tambah pulak aku sorang2 je so melalak la sorang2 dengan gitar cabuk aku. so aku start dengan lagu idola dari Azlan and the type writer.. aku suka giler dengan lagu ni sampai wife aku naik muak aku pasang lagu ni setiap hari. so ni la cover lagu aku.. hope boley la korang enjoy mendengar suara yang sumbang ni..hehehe layanzz


Berada di rumah mak mertua

Dah 2 hari aku kat sini.. Jumpa wife aku.. Dah smgu lebih gak x jumpa.. Aku hantar wife aku blk sbb dia nak berpantang kat sini.  Senang ada orang nak jagakan.. Tp yg x senang aku la nak ulang alik melaka kedah.. Tp syg bini punya pasal sanggup beb.. Hehe.. Sbb bini kita berkorban nyawa nak lahirkan anak jdi setakat jarak perjalanan tu sikit sgt je nak bandingkan dgn ape yg bini kita hadapi..

berdebar menunggu kelahiran

lelaki mana yang tak berdebar menunggu kelahiran anak lebih2 lagi anak pertama.. itu yang aku rasa skg ni... risau je rasa.. risaukan keselamatan isteri aku.. tambahan pulak isteri aku skg jauh dengan aku di Kedah dan aku kat Melaka.. insya Allah minggu depan aku akan gerak ke sana.. walaupun isteri aku due lgi sebulan tapi apa2 boleh jadi dalam kandungan usia 8 bln ni..korang doa2 kan yer..

dahulu aku 4

sambungan....

aku ni sorg yg kira kuat pikir hal keluarga gak la.. org cakap mcm family man la.. jadi kejadian yg berlaku pada mama menyebabkan aku kuat nak berhenti keje dan duduk di kg supaya aku dpt jaga mama papa...tapi masa tu byk benda gak aku kena pikir contohnya hal kewangan..

actually panjang sgt nk cita dan aku pun tak tau camne nak cita sbb trlalu rumit dan banyak cabangnya..

dipendekkan cita aku akhirnya benti keje dan memulakan perniagaan kedai gambar dan fotostat..

insya Allah bersambung lg...

dahulu aku 3

sblum aku mulakan karier perniagaan kedai gambar dan fotostat aku ialah sorg engineer di syarikat Schlumberger.. aku bertugas sbgi seismic engineer... keje mmg best dan mencabar dan bayarannya juga tinggi.. tp pada masa yang sama gak stress level meningkat... aku pernah masuk.hospital sbb tak dapat kawal stress keje dan akibatnya aku dpt major depression.. dr siap bagi aku ubat penenang tp atas nsihat kawan aku tak makan sbb xnk bergantung pada ubat... masa tu aku masih keje lagi mcm biasa..

then suatu hari berlaku sesuatu kat mama kat kg disebabkan oleh saudara mara terdekat gak.. yg tu melibatkan aib orang jd aku xnak cita la.. tp kejadian tu menyebabkan mama sakit..

disebabkan aku rapat dgn mama aku jadi memikir je sepanjang masa.. adik beradik aku sume masa tu sume tkda kat kg.. jadi aku kuat nak balik kg sbb nak jaga mama papa..

bersambung....

Selamat menyambut Maulud Nabi

aku nak ucap selamat menyambut Maulidur Rasul buat junjungan nabi Muhammad SAW.. jom la kita selawat byk2 semoga kita dpt shafaat masa akhirat nanti..

mula rutin hari ni..

Alhamdulillah.. hari ni kembali memulakan rutin biasa kat kedai.. dan harini pekerja baru pun mula start bekerja... wife pulak x dpt nak bersama aku hari ni sbb da blk kg kat kedah.. weekend lepas aku hantar dia blk sana sbb nak bersalin kat sana..senang ada orang nak jaga kata dia.. so sesorang la aku kat Melaka ni.. tapi hidup mesti diteruskan...

Alhamdulillah kedai pun skg dah ok.. boleh la upah pekerja bantu aku utk memudahkan urusan...

nti aku cita camne dari aku seorang engineer aku tukar profesion meniaga sepenuh masa..

dahulu aku .....2

aku minat dgn kamera dah lama da.. dari aku kecik lagi.. tp aku dpt beli dslr pertama aku masa aku tahun akhir di usm... aku beli pakai duit biasiswa aku..hehe.. dan disitula aku mula snap2 gambar sampailah ketagih.. dgn gambar buruk aku pun start belajar pakai tenet.. n pada masa sama aku cari gak blog2 fotografi tempatan.. dan aku jumpa blog noorizamsabran.com.. blog dia mmg best.. aku belajar satu2 tp last aku x puas hati dgn belajar kat tenet je.. aku contact dgn dia dan dia stuju nak jumpa aku... kitaorang jumpa kat pelita nasi kandar penang... start tu la aku jadi kawan dgn dia.. masa tu tahun 2009 smpilah skg ni...

byk gak belajar dan terus berkawan hingga skg..

dahulu aku....

alamak ingatkan nak update 8 kali sehari tapi hari ni sibuk pulak... ni pun update pakai fon je.. huhu

hokey aku nak cita skit la kan.. entry lepas aku ada gtau aku ada ijazah dalam fizik tp aku keje jadi fotografer..camne leh lari bidang ni kan?? hehe

ceritanya aku dulu sorg engineer di Schlumberger.. aku dah keje 2 tahun.. tapi atas pelbagai masalah peribadi yang melanda waktu tu aku membuat keputusan benti keje.. waktu tu gaji dah sedap tapi panjaangg ceritanya... moral of story jgn campurkan hal peribadi dgn keje..hehe..ok jap lagi sambung update

Sedikit la tentang diri aku

Nama penuh aku Dzul Affandi Bin Roslan.. aku anak ke 4 dari 8 adik beradik. dah berkahwin dan bakal dapat cahaya mata lagi sebulan InsyaAllah :)

Pekerjaan aku sekarang aku bisnes sepenuh masa. aku sekarang jurugambar sepenuh masa dan jugak ada kedai gambar dan fotostat di Melaka.. asalnya aku ni bukanlah bidang fotografi pun.. memang xde kena mengena langsung. tapi nak wat camne la kan dah rezeki aku kat bidang ni. kalau nak cerita pasal profesion aku dulu insyaAllah pada entry akan datang aku akan cerita.. for sure korang takkan percaya punya lah. hehe..

hobi aku pulak aku suka fotografi dan ada masa lapang aku suka mengunggang motorsikal.. dulu masa muda banyak gak hobi aku.. dan biasanya paling utama aku letak hobi aku bersukan.. tapi lepas dah kawen ni dan dengan sibuk berniaga aku dah kurang sangat2 dah bersukan ( of course badan masih maintain cute dan langsing okay). tapi lepas ni hajat nak sambung aktif tu ada tapi tengok la keadaan..

btw umur aku sekarang muda lagi baru nak masuk 26 tahun ( InsyaAllah bulan 5 ni la kalau umur panjang).

Pendidikan aku pulak aku ada Ijazah dalam sains fizik gunaan di USM.. haha mesti korang lagi pelik apesal dari fizik aku bekerja sebagai jurugambar sekarang kan?? panjaaaannnngg ceritanya.. InsyaAllah aku akan cerita pada entry akan datang..

so tu la serba sedikit untuk korang tau pasal aku.. aku pun bukan retis pun.. saje nak kasi tau at least boleh la kenal2 dengan korang di alam maya ni.. :)

Blog baru ni minta tunjuk ajar

Salam geng

nama aku fandi. ni blog baru aku. blog peribadi aku. actually aku dah pernah tulis blog peribadi sebelum ni tapi pasang surut. Mungkin tak cukup lagi ilmu blogging agaknya.. harap2 yang ni kekal lah kot.. minta tolong beri tunjuk ajar ye pada sape2 yang sudi. dan yang mana rajin tu boleh la komen sekali. kalau tak sekali pun komen la lapan kali pun xpe.. selamat berkenalan di dunia maya ni ye..


Testing

testing testing testing